Program-program yang Dijlankan di sekolah (MAC)


PERTANDINGAN KALIGRAFI CINA





        Pada 3 MAC 2017, Pertandingan Kaligrafi Cina Sekolah Menegah Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di dewan besar sekolah kami. Tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan taraf kaligrafi Cina dalam sekolah, mencungkil bakat pelajar dalam bidang kaligrafi serta meningkatkan pemahaman pelajar tentang Kebudayaan Cina.


PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS
        Pada 6 MAC 2017, sekolah kami telah melancarkan beberpa program. Antaranya ialah Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris, Pelancaran Program 3K, dan Peyampaian Sijil Koku.





        Pelancaran minggu Bahasa Inggeris untuk 1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa Inggeirs dengan cekap. 2. Membimbing pelajar supaya dapat menggunakan Bahaasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif. 3. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum dan di luar kelas. 4. Mencungkil bakat pelajar supaya dapat diketengahkan.

PELANCARAN 3K



        Sebagai pengetahuan anda, 3K bermaksud ‘K’ebersihan, ‘K’esihatan dan ‘K’eselamatan.

PENYAMPAIAN SIJIL KOKU




        Penyampaian Sijil Koku diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar lain supaya lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum.


MERENTAS DESA






        Pada 7 MAC 2017, sekolah kami telah mengadakan merentas desa. Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah  malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Objektif aktiviti merentas desa ialah membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. 

PELANCARAN MINGGU BAHASA CINA





        Pada 13 MAC 2017, Pelancaran Minggu Bahasa Cina telah dilancarkan. Pelancaran tersebut bertujuan untuk mendedahkan keunikan Bahasa Cina kepada semua pelajar. Selain itu, meningkatkan minat para pelajar terhadap Bahasa Cina. 

PELANCARAN TARGET PT3&SPM





        Pelancaran PT3&SPM juga diadakan pada hari yang sama. Pelancaran ini bertujuan untuk menyedarkan semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 tentang kepentingan mendapat keputusan yang cemerlang. Seterusnya, para pelajar digalakkan menetapkan target sendiri dan berusaha untuk mencapainya.

PELANCARAN PROGRAM MINGGU PPDa






        Pada 27 MAC 2017, guru bimbingan sekolah kami telah mengadakan Pelancaran PPDa. Objektif pelancaran tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kepentingan menjauhi dadah dan kesan-kesan mengambil dadah.



       

No comments:

Post a Comment