TN50 & ASK

Pengenalan TN50
        Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Usaha in bertujuan untuk memajukan negara kita sehingga mencapai tahap yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan dan teknologi supaya dapat bersaing dengan negara yang lain.
        Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
        Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.


Asas Sains Komputer(ASK) 
Pemangkin Transformasi 2050
      Sebagai satu rakyat Malaysia, kita juga harus 
bertanggungjawab atas kemajuan negara sendiri. Antara usaha yang efektif boleh dilakukan ialah melengkapkan diri dengan ilmu serta mengembangkan potensi sendiri supaya menjadi seorang yang celik dalam pelbagai bidang seperti bidang IT. Sebagai contoh, para pelajar SMJK Notre Dame Convent(NDC) kerap berkunjung ke pusat sumber sekolah. Hal ini kerana pusat sumber kami telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan IT seperti komputer. Justeru, melalui pelbagai usaha yang efektif, pelajar-pelajar di NDC dapat menjadi tonggak pemangkin ICT dan pembangunan negara. Secara tidak langsungnya, Transformasi Nasional 2050 dapat direalisasikan. 

Seperti apa yang ternyata dalam https://mytn50.com/ :

"     Gerbang maya semakin digunakan dalam interaksi kita. Penggunaan perkhidmatan melalui platform digital seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan maya menjadi amalan biasa. 

     Semua bangunan, kenderaan pengangkutan dan kemudahan bandar adalah 'pintar' dan saling berhubung ke 'grid pintar'. Isu-isu privasi yang berpotensi contohnya pengawasan jenayah, ramalan kepolisan.

     Lenyapnya pejabat. Orang tidak lagi berulang-alik ke tempat kerja sebaliknya lebih banyak dilaksanakan melalui peranti di rumah"





APA ITU SAINS KOMPUTER?

     Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari     segi perkakasan mahupun perisianSeseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. 

     Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. 


     Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri.


No comments:

Post a Comment