Program-program yang Dijalankan di Sekolah (JANUARI)







PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2017 




       Pada 31 Disember 2016, sekolah kita telah mengadakan pendataran untuk pelajar Tingkatan1. Semasa program ini berlangsung, ibu bapa diberi pendedahan tentang cara-cara pelajar SMJK Notre Dame Convent belajar dan berkaitan dengan KSSM yang baru kepada pelajar Tingkatan1. Para pelajar Tingkatan 1 dibahagikan kepada tujuh kelas mengikut keputusan UPSR yang diperolehi.


PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN






       Program Orientasi Tingkatan 1 dan peralihan bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu tentang peraturan dan suasana belajar di NDC.


PELANCARAN PROGRAM MEMBANTERAS PONTENG




       Pada 9 Januari 2017, diadakan Pelancaran Program Membanteras Ponteng. Sijil kehadiran 100% telah diberikan kepada pelajar yang berjaya hadir ke sekolah setiap hari pada tahun 2016. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar datang ke sekolah pada setiap hari dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan hadir ke sekolah.


MASS 2017





       Setiap tahun sekolah mengadakan Program MASS untuk semua pelajar. 


PELANTIKAN KETUA TINGKATAN 

DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN




       Pada 16 Januari 2017, Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan telah diadakan. Program ini bertujuan untuk melantik ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan yang baharu. Pihak sekolah juga berharap ketua dan penolong ketua tingkatan yang baharu akan bertanggungjawab dan menjadi suri teladan kepada rakan-rakan mereka.


KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS




       Kempen Sayangi Buku Teks memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan buku teks. Program ini diadakan pada 23 Januari 2017. Selama ini, didapati bahawa mempunyai segelintir pelajar yang tidak menghargai buku teks mereka seperti menconteng pada buku teks dan tidak membalut buku teks. Dengan adanya program in, diharapkan semua pelajar akan menyedari kepentingan menjaga buku teks dengan baik.


LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA / PROGRAM DWEN










       Pada 24 Januari 2017, pelajar-pelajar dari SMJK Notre Dame Convent telah melawat orang-orang tua sempena Program DWEN. Banyak pengajaran yang mereka perolehi daripada program ini seperti pelajar mengetahui kesunyian hidup keseorangan dan lebih menghargai ibu bapa mereka.


SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA




















       Pada 25 Januari 2017, sekolah kita telah meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina di dalam dewan besar.

No comments:

Post a Comment